Anggota Parti Konservatif digantung kerana 'sokong' Islamofobia

Kumpulan penunjuk perasaan membantah sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di UK. - Foto: AFP
Kumpulan penunjuk perasaan membantah sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di UK. - Foto: AFP
A
A
A

LONDON - Parti pemerintah Britain, Parti Konservatif berdepan kritikan hebat susulan penggantungan beberapa anggotanya berhubung perkongsian kandungan Islamofobia di media sosial.

Semalam, Menteri Kerajaan, Kwasi Kwarteng mengesahkan tindakan telah diambil, namun beliau gagal untuk memberi butiran lanjut tentang perkara itu.

Lebih 20 kes baharu dikaitkan dengan sentimen anti-Islam melibatkan tindakan ahli Tory kerana menekan 'like' pada gambar atau kenyataan tentang Islamofobia.

Bulan lalu, The Guardian turut mendedahkan esei pada 2007 ditulis Perdana Menteri, Boris Johnson yang secara terang menghasut sentimen anti-Islam.

Menerusi hasil tulisannya, Johnson dengan angkuh menyatakan Islam boleh menyebabkan dunia Muslim berada di belakang Barat selama beberapa abad.

Tahun lalu, bekas Datuk Bandar London itu juga pernah membandingkan wanita Islam yang memakai purdah dengan perompak bank.

Sementara itu, laporan sebuah kumpulan pemerhati bebas mendapati jumlah kes jenayah kebencian Islam di seluruh Britain meningkat sehingga 593 peratus dalam tempoh seminggu selepas pengganas kulit putih melancarkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu.

Difahamkan, jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi memandangkan hanya beberapa insiden dilaporkan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Beberapa pihak mendakwa kenyataan Islamofobia yang dibuat tokoh terkenal bertujuan untuk membolehkan UK menamatkan imigrasi tidak terkawal di negara itu.

Sebelum ini, pemerhati hak asasi manusia di Britain berdepan gesaan banyak pihak untuk melancarkan siasatan terhadap sentimen anti-Islam dalam kalangan anggota Parti Konservatif.

Ini berikutan keengganan kerajaan untuk menerima definisi Islamofobia seperti yang dicadangkan. - Agensi