Jerebu toksik landa Thailand

Kawasan sekitar Narathiwat yang diselubungi jerebu hari ini. - Foto: AFP
Kawasan sekitar Narathiwat yang diselubungi jerebu hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

SONGKHLA - Jerebu toksik yang disebabkan kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia telah merebak ke bahagian selatan Thailand hari ini selepas ia menyelubungi Malaysia dan Singapura.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di wilayah Songkhla, Satun, Yala dan Pattani supaya tidak melakukan aktiviti luar berikutan tahap kualiti udara kini pada tahap berbahaya.

Difahamkan, tahap kualiti udara berada pada tahap tidak sihat pada 5 September lalu dan keadaan kini menjadi semakin buruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan bomba kini berhempas-pulas mengawal kebakaran di dua lokasi di wilayah Riau, Pekanbaru yang terjejas teruk tiga hari selepas Presiden Joko Widodo atau Jokowi melawat kawasan tersebut.

Wilayah paling hampir dengan Singapura itu turut mengarahkan penutupan sekolah selama seminggu susulan jerebu semakin teruk yang menyebabkan kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya. - AFP

Artikel Berkaitan: