Protes: Polis Hong Kong didakwa guna kekerasan

Anggota polis berkawal di stesen MTR di Hong Kong selepas penunjuk perasaan bertindak melumpuhkan operasi pengangkutan awam tersebut. - Foto: AFP
Anggota polis berkawal di stesen MTR di Hong Kong selepas penunjuk perasaan bertindak melumpuhkan operasi pengangkutan awam tersebut. - Foto: AFP
A
A
A

HONG KONG - Polis Hong Kong didakwa menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi yang menyertai protes di bandar raya itu sejak beberapa bulan lalu.

Perkara itu didedahkan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International hari ini menerusi sebuah laporan baharu yang dijangka meningkatkan lagi konflik di hab kewangan Asia tersebut.

Menurut Amnesty, laporan itu dibuat berdasarkan temu bual bersama 21 penunjuk perasaan yang diberkas dan pekerja kesihatan yang merawat mangsa cedera dalam protes serta peguam.

Ia menjelaskan butiran laporan tersebut turut diserahkan kepada Pesuruhjaya Polis Hong Kong pada Rabu lalu, namun belum mendapat sebarang respon.

Sebelum ini, polis mempertahankan tindakan mereka terhadap penunjuk perasaan yang bertindak ganas membaling batu-bata dan bom petrol ketika bertempur dengan kumpulan protes yang bertindak di luar kawalan termasuk melakukan vandalisme di tempat awam.

Awal minggu lalu, Ketua Eksekutif, Carrie Lam juga tidak menyalahkan kerajaan dan polis kerana menggunakan kekerasan dan memaklumkan segala tindakan tersebut dilakukan mengikut prosedur ditetapkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: