JAS sedang kenal pasti punca buih di Sungai Skudai

Buih di Sungai Skudai dirakamkan pagi tadi. - Kredit Chai Pin Kang
Buih di Sungai Skudai dirakamkan pagi tadi. - Kredit Chai Pin Kang
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang mengenalpasti punca pembentukan buih di Sungai Skudai yang dilaporkan kira-kira 10.30 pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, paras ammonia di sungai itu direkodkan telah meningkat.

"Saya memandang serius penemuan dan pembentukan buih di aliran Sungai Skudai yang sekitar jam 10:30 pagi tadi sebagaimana dilaporkan oleh orang awam.

"Makluman awal mendapati bacaan paras ammonia meningkat tinggi akibat faktor cuaca kering yang merencatkan pencairan (dilution) air sungai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sungai Skudai merekodkan bacaan ammonia yang tinggi. - Kredit Chai Pin Kang
Sungai Skudai merekodkan bacaan ammonia yang tinggi. - Kredit Chai Pin Kang

Menurutnya, pembentukan buih itu hanya berlaku di kawasan jambatan menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"JAS telah memantau aliran sungai berkenaan dan mendapati kejadian berkenaan hanya berlaku di kawasan berhampiran jambatan menghubungkan Johor Bahru menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sahaja manakala tiada sebarang pembentukan buih ditemui di kawasan hilir sungai.

"Pihak JAS kini telah berada di lokasi kejadian dan sedang melaksanakan usaha mengenalpasti punca berlakunya pembentukan buih tersebut menerusi pengambilan bacaan in-situ," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Chen Choon berkata, perkembangan terkini berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.