'Empat bini pun tak mampu jaga macam…'

Zizi bersama bapanya.
Zizi bersama bapanya.
A
A
A

PELAKON, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli berkongsi momen sedih bersama bapanya yang juga seniman, Datuk Zulkifli Mohd Zain, 75, yang dimasukkan ke hospital sejak Selasa minggu lepas.

Menurut Dr Norzizi, bapanya berulang kali meminta dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada adik-beradiknya.

"Selepas sarapan pagi, sambil duduk di katil dan memicit lutut papa, sekali lagi papa ulang beritahu adik-adik yang dia ucap terima kasih.

"Katanya empat bini (isteri) pun tak mampu jaga macam mana anak-anak dia jaga papa mama. Macam-macam dia cakap dan saya cepat-cepat ambil telefon serta rakam apa yang papa mahu katakan," ujarnya menerusi Instagram.

Bagaimanapun figura berusia 43 tahun itu meminta semua pihak bertenang kerana Zulkifli berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan ketika mahu membuang air kecil.

"Papa bukan kritikal, dia stabil dan sakit sedikit sahaja. Dia selalu pesan begitu pada saya dan saya jarang nangis. Cuma barangkali tadi pagi yang cukup hening sekali buat kami berdua, jadi dia pesan la macam-macam.

"Sebenarnya Isnin minggu lepas, mama (Datin Normala Omar) dimasukkan ke hospital kerana paru-paru berair.

Artikel Berkaitan:

"Sebaik mama dibenarkan keluar, papa pula masuk dan lucunya bila mama keluar, papa pula masuk bilik yang sama.

"Tapi keadaan papa semakin baik berbanding ketika dimasukkan ke hospital dan dia akan sihat kembali tidak lama lagi," ujarnya.

Sepanjang Zulkifli dan Normala berada di hospital, Dr Norzizi, 43, bergilir-gilir bersama empat adiknya iaitu Norzaza, 38, Nor Zazila, 36, Nor Zazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29 menemani orang tua mereka di hospital.

Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar pada tahun 2016 hingga menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri.