X

Kindly register in order to view this article
!

Pihak jejas alam sekitar perlu hukuman lebih berat

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Individu atau syarikat didapati terlibat dalam aktiviti menjejaskan alam sekitar dan mengakibatkan pencemaran seperti jerebu perlu dikenakan hukuman lebih berat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan hukuman penjara terhadap pelaku sebagai hukuman 'deterrent' (bersifat pencegahan) kerana penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam ​​​​​sekitar ketika ini masih lemah.

"Bagi kes amat serius, denda sahaja tidak mencukupi dan kalau boleh, kita nak memenjarakan mereka (pelaku) untuk menghantar satu mesej kepada sesiapa terlibat dalam aktiviti haram dan memburukkan keadaan kesihatan orang ramai, mereka mesti dipenjarakan," katanya dalam temu bual khas di sini hari ini.

Mengambil contoh isu toksik Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor pada awal tahun ini, beliau berkata, syarikat terlibat dalam aktiviti haram boleh membayar denda, namun jika hukuman penjara dikenakan, mereka akan lebih bertanggungjawab sebelum membuang sisa toksik secara haram.

Memetik kenyataan aktivis alam sekitar, Gurmit Singh, Lee berkata, terdapat lebih kurang 40 undang-undang, undang-undang kecil dan akta berkaitan alam sekitar di negara ini tetapi kesan daripada pelaksanaan dan penguatkuasaan yang lemah, hanya seorang pelaku dipenjarakan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Jerebu Rentas Sempadan bagi memastikan tindakan tegas dan hukuman setimpal boleh dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dilapor berkata, pihaknya sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Kabinet bagi mendraf akta baharu itu sebagai langkah jangka panjang menyelesaikan masalah jerebu di negara ini.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!