Harga RON97 naik 14 sen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 21 September hingga 27 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 naik 14 sen seliter iaitu daripada RM2.53 kepada RM2.67 manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.29 seliter.

"Kenaikan harga minyak dunia dipercayai ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 September lalu yang telah menjejaskan pengeluaran dan pengeksportan minyak negara tersebut," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga minyak berikutan kejadian berkenaan.

"Sehubungan itu, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter," katanya.

Kata kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung bagi tempoh 21 September sehingga 27 September adalah berjumlah RM123.16 juta.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM102.77 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM20.39 juta," katanya.