Malaysia kembali tertinggi pencemaran udara dunia

Malaysia mencatat bacaan IPU 409 berdasarkan World Air Quality Index (WAQI).
Malaysia mencatat bacaan IPU 409 berdasarkan World Air Quality Index (WAQI).
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia sekali lagi menduduki kedudukan pertama di dunia dalam senarai negara yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan cerapan World Air Quality Index (WAQI) hari ini.

Berdasarkan cerapan IPU oleh WAQI pada jam 4.30 petang, Malaysia merekodkan IPU 409 diikuti Indonesia (406) dan India (333).

Malaysia merekodkan bacaan IPU tertinggi di dunia susulan jerebu yang melanda sejak beberapa minggu lalu.

Semalam, Malaysia turut merekodkan bacaan IPU tertinggi pada jam 6.20 pagi dengan bacaan 266 diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178).

Sejak jam 6 pagi tadi, Sri Aman, Sarawak kembali merekodkan IPU pada tahap bahaya dengan bacaan 301 dan sehingga jam 4 petang tadi, bacaan terus meningkat kepada 409.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran hutan 200 hektar, punca IPU bahaya di Sarawak

Malaysia catat IPU pencemaran udara ketiga tertinggi dunia

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan media hari ini berkata, kebakaran hutan dan tanah gambut seluas 200 hektar dilaporkan di Sri Aman Sarawak hari ini menyebabkan bacaan IPU pada tahap bahaya.

Nadma turut memaklumkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan di Sarawak selama dua hari bermula hari ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan Sri Aman.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 80 hektar daripada kawasan yang terbakar di Sri Aman masih belum berjaya dipadamkan.

Artikel Berkaitan: