Pahang, China meterai MoU babit pelaburan RM1.386 bilion

Wan Rosdy (sembilan dari kiri) bersama wakil dari kerajaan Pahang dan syarikat pelaburan ketika sesi lawatan ke negara itu hari ini. - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang
Wan Rosdy (sembilan dari kiri) bersama wakil dari kerajaan Pahang dan syarikat pelaburan ketika sesi lawatan ke negara itu hari ini. - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang
A
A
A

KUANTAN - Pahang bakal menerima kemasukan pelaburan bernilai RM1.386 bilion dari negara China selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan enam syarikat dari negara tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian ini pasti akan memberi impak kepada sosio- ekonomi yang besar pada negeri dan rakyat di negeri ini.

"Saya harapkan MoU yang ditandatangani hari ini dapat diterjemahkan secara realiti kelak.

"Ini sepertimana lapan daripada 11 MoU yang ditandatangani di Singapura awal Ogos lalu, sudah di peringkat akhir untuk dilaksanakan, insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China tengah hari tadi yang disaksikan oleh Menteri Besar Pahang.

Wan Rosdy mengetuai rombongan kerajaan Pahang ke China dalam lawatan kerja termasuk ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) – taman perindustrian berkembar kepada Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), serta menghadiri China-ASEAN Exposition (CAEXPO) Nanning 2019.

Majlis menandantangani MoU ini berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China tengah hari ini, yang disaksikan oleh Wan Rosdy - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang
Majlis menandantangani MoU ini berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China tengah hari ini, yang disaksikan oleh Wan Rosdy - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, keenam-enam syarikat terlibat ialah ND Paper (M) Bhd; TNP Power Sdn Bhd, China Travel Service Meizian Company Limited,Zhongxin Resources Regeneration Technology Sdn Bhd, Wuxi Jinxie Industrial Company Limited dan Power China Construction Group.

"Syarikat ND Paper akan membina kilang di Bentong bagi pengeluaran kertas dan palpa dengan nilai pelaburan RM522.2 juta.

"TNP Power Sdn Bhd pula melabur RM341.74 juga di Pahang dan syarikat terbabit akan membina kilang di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 1, Kuantan bagi penjanaan bersepadu tenaga dan haba," katanya.

Majlis menandantangani MoU ini berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China tengah hari ini, yang disaksikan oleh Wan Rosdy - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang
Majlis menandantangani MoU ini berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Nanning, China tengah hari ini, yang disaksikan oleh Wan Rosdy - Foto Pejabat Menteri Besar Pahang

Menurutnya, China Travel Service Meizian Company Limited, bernilai pelaburan RM200 juta bagi pengwujudan ‘Eco Tourism City’ di Bukit Tinggi, Bentong.

"Bagi Zhongxin Resources Regeneration Technology Sdn Bhd, pula akan melaksanakan projek pengeluaran kertas dan habuk plastik di MCKIP 1 dengan nilai pelaburan RM122.48 juta.

"Wuxi Jinxie Industrial Company Limited, bernilai pelaburan RM100 juta bagi projek pembinaan turbin angin berkelajuan rendah untuk menjana tenaga 800kw Pulau Tioman, Rompin," kata kenyataan itu.

Katanya, Syarikat Power China Construction Group juga akan membina kilang pengeluaran panel solar untuk kediaman di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan nilai pelaburan RM100 juta.

Sebelum itu, Wan Rosdy telah membuat kunjung hormat ke atas Gabenor, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Chen Wu di pejabatnya.

Menurut kenyataan itu, banyak perkara telah dibincangkan pada sesi kunjung hormat itu termasuklah cadangan mengadakan penerbangan terus Kuantan-Nanning.

"Cadangan itu (penerbangan) dijangka dapat memendekkan lagi masa dan membolehkan lebih banyak lagi kunjungan oleh rakyat antara kedua-dua bandar," katanya.