Seorang maut dalam tembakan di Washington DC

Kenderaan pasukan penyelamat tiba bagi membantu mangsa. - Foto: Agensi
Kenderaan pasukan penyelamat tiba bagi membantu mangsa. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Washington DC berhampiran bangunan Rumah Putih semalam.

Jurucakap Polis Metropolitan, Stuart Emerman berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan insiden disifatkan sebagai bukan tembakan aktif.

"Detektif kami akan terus menemubual saksi di tempat kejadian dan meneliti rakaman kamera yang terdapat di sekitar kawasan kejiranan," katanya.

Difahamkan, daripada lima mangsa yang cedera, dua orang kritikal dan kesemua mangsa adalah orang dewasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam semalam, dua lelaki bersenjata yang menaiki kereta melepaskan tembakan di kejiranan Columbia Heights, tiga kilometer dari kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Berkaitan: