Tiga pembakaran terbuka dikesan di Pekan

Pembakaran terbuka dikesan oleh Chean Chung berlaku di daerah Pekan ketika beliau membuat tinjauan di udara pagi tadi. Foto: Ihsan Chean Chung
Pembakaran terbuka dikesan oleh Chean Chung berlaku di daerah Pekan ketika beliau membuat tinjauan di udara pagi tadi. Foto: Ihsan Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - Tiga tapak pembakaran terbuka di atas tanah seluas lapan hektar dikesan berlaku di daerah Pekan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, perkara itu diketahuinya selepas mengadakan tinjauan di udara menerusi bantuan sukarelawan juruterbang pagi tadi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pembakaran terbabit berlaku angkara manusia.

"Jadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Rakyat sudah sengsara dengan isu jerebu daripada jiran Indonesia, mereka memudaratkan keadaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chean Chung melakukan tinjauan udara dan mendapati berlakunya pembakaran terbuka di daerah Pekan. Foto: Ihsan Chean Chung
Chean Chung melakukan tinjauan udara dan mendapati berlakunya pembakaran terbuka di daerah Pekan. Foto: Ihsan Chean Chung

Beliau berkata, aduan secara terus telah disalurkan kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Sani Mat Daud sejurus mengetahui adanya aktiviti terbabit

"Beliau (Sani) memaklumkan tindakan segera akan diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: