Keputusan mumtaz SMU 2018 meningkat

Azhar (dua kanan) menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar terbaik kategori maahad kawalan, Nur Hanun Ismail.
Azhar (dua kanan) menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar terbaik kategori maahad kawalan, Nur Hanun Ismail.
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan kecemerlangan pangkat mumtaz (cemerlang) dengan 2,806 calon tahun ini berbanding 2,408 tahun lalu.

Pencapaian jayyid jiddan (amat baik) pula seramai 1,479, pangkat jayyid seramai 1,150 dan pangkat maqbul (lulus) seramai 336.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Azhar Salleh di Dewan Utama Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Beliau berkata, calon tahun ini seramai 6,226 dan 92.92 peratus dan 5,789 calon lulus sekurang- kurangnya pangkat maqbul.

“Pencapaian terbaik 10 mumtaz semua subjek ialah seramai 461 manakala 2,345 calon mendapat mumtaz pangkat 1.

“Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (1.00), Maahad Tahfiz al- Quran Wal Qiraat Pulai Chondong (1.00) dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas (1.03) dinobatkan sebagai sekolah terbaik kategori Maahad Kawalan,” katanya ketika mengumumkan keputusan hari ini.

Beliau berkata, Maahad Pilihan Terbaik adalah Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Kerajaan Terbaik ialah Maahad Syamsul Maarif Perempuan, SMUA Terbaik ialah SMUA Syukuriah Bukit Sireh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terbaik pula SMUA Tarbiyyah Islamiah Kuala KajangHadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah YIK Bahagian Akademik, Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kamarudin Muhammad.

Artikel Berkaitan: