Jom riadah di Taman Tema Escape

A
A
A

Musim cuti persekolahan pada akhir tahun ini pasti dinanti oleh murid dan lebih mengujakan apabila mereka dapat menyertai rombongan serta menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti menarik.

Khas buat guru, pelajar dan sekolah (GPS) yang masih buntu mencari lokasi rombongan untuk murid kini tidak perlu bimbang kerana Taman Tema Escape di Teluk Bahang di sini menyediakan segala-galanya untuk beriadah.

Taman tema bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja menyediakan tempat bermain semata-mata malah lokasi sesuai untuk tumbesaran dan pembangunan minda murid.

Antara aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di Taman Tema Escape, Pulau Pinang.
Antara aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di Taman Tema Escape, Pulau Pinang.

Menyediakan pelbagai permainan berkonsepkan alam semula jadi yang pastinya akan memberi pengalaman percutian yang menyeronokkan buat pengunjung.

Mereka mempunyai pilihan sama ada mahu beriadah di kawasan Adventure Play, Water Play atau Gravity Play yang boleh menguji daya kekuatan dan meningkatkan keyakinan diri.

Mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, selain terdapat ruang permainan yang diberi nama Monkey Business dan Kite Flyer di Adventureplay.

Artikel Berkaitan:


Aktiviti lasak untuk menguji ketahanan mental dan fizikal pengunjung.
Aktiviti lasak untuk menguji ketahanan mental dan fizikal pengunjung.

Di kawasan Water Play pula antara permainan menarik untuk dicuba pengunjung iaitu di Banana Flip, Atan’s Jump, Speed Racer dan Wave Ball.Lebih mengujakan, peserta berpeluang menikmati pengalaman menaiki gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1,140 meter yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Terdapat juga kereta kabel sepanjang 400 meter dengan 30 kerusi yang menghubungkan antara kaki bukit hingga ke permulaan gelongsor air.

Gelongsor air terpanjang di dunia antara tarikan di Taman Tema Escape, Pulau Pinang.
Gelongsor air terpanjang di dunia antara tarikan di Taman Tema Escape, Pulau Pinang.

Tarikan berkenaan amat unik berikutan ia akan melalui kawasan hutan yang menyajikan panorama indah.

Taman Tema Escape antara yang terbaik di Malaysia seperti yang tersenarai dalam laman penilai percutian antarabangsa, TripAdvisor.

Harga ditawarkan sangat berbaloi iaitu cuma RM48 termasuk makanan untuk semua murid yang berusia 4 hingga 12 tahun.