Ben Ali meninggal dunia di Arab Saudi

Bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang hidup dalam buangan selepas ditumbangkan dalam kebangkitan Arab Spring, meninggal dunia di Arab Saudi pada usia 83 tahun semalam.
Bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang hidup dalam buangan selepas ditumbangkan dalam kebangkitan Arab Spring, meninggal dunia di Arab Saudi pada usia 83 tahun semalam.
A
A
A

RIYADH - Bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang hidup dalam buangan selepas ditumbangkan dalam kebangkitan Arab Spring, meninggal dunia di Arab Saudi pada usia 83 tahun semalam.

Menurut peguam keluarganya, Mounir Ben Salha, Ben Ali meninggal dunia di Jeddah sebelum jenazahnya dipindahkan ke Mekah.

Difahamkan, pemimpin yang memimpin Tunisia selama 23 tahun itu dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital sejak tiga bulan lalu akibat kanser prostat yang dihidapinya.

Kematian Ben Ali disahkan Menteri Luar Tunisia, Khemaies Jhinaoui.

Ben Ali, yang memerintah negara di Afrikan Utara itu sejak 1987 hingga 2011, dilihat sebahagian pihak sebagai benteng menentang ekstremisme, tetapi berhadapan kritikan kerana menyekat pembangkang dan keengganannya mengamalkan demokrasi.

Akhirnya, kekecewaan rakyat berhubung pengangguran dan harga tinggi mencetuskan kebangkitan rakyat.

Ben Ali kemudiannya melarikan diri dari Tunisia pada Januari 2011 dalam pemberontakan rakyat yang mencetuskan 'Arab Spring’.

Pada pertengahan 2012, Ben Ali dijatuhkan hukuman tanpa hadir penjara seumur hidup kerana kematian penunjuk perasaan ketika kebangkitan menentangnya.

Artikel Berkaitan:

Ben Ali meninggalkan enam anak, tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama dan dua anak perempuan serta seorang lelaki hasil perkongsian hidup dengan Leila Trabelsi.