Pemuda dakwa nampak pocong di Gua Musang

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pemuda dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 di sini mengakui melihat makhluk berbungkus menyerupai pocong selepas keluar bersama rakannya.

Menurut Mohd Aiman Zaidi, 19, kejadian itu berlaku lebih dua minggu lalu selepas dia pulang ke rumahnya kira-kira jam 2.30 pagi.

Katanya, makhluk itu dilihat berada di sebelah rumahnya ketika dia hendak memakir kereta

"Memang betul saya nampak makhluk berbungkus menyerupai pocong. Masa tengok sebelah rumah, saya nampak makhluk itu berada di sebelah rumah yang sudah sebulan tak berpenghuni. Bila saya nampak, saya tercengang sekejap.

"Saya terus cepat-cepat masuk ke rumah. Tapi, saya tak rakam apa-apa video dan video yang tular itu bukan saya rakam cuma objek di dalam video itu lebih kurang sama dengan apa yang saya nampak," katanya.

Aiman (gambar kecil) melihat jelmaan pocong di sebelah rumahnya di RKT Kesedar Paloh 3.
Aiman (gambar kecil) melihat jelmaan pocong di sebelah rumahnya di RKT Kesedar Paloh 3.

Bagi penduduk kampung, Norhazwani Ibrahim, 31, dia sudah lama mengetahui kawasan berkenaan sememangnya keras dan orang ramai ramai sering diganggu ketika melaluinya.

Artikel Berkaitan:

"Banyak kejadian aneh dan pelik yang berlaku di kawasan ini terutamanya berhampiran Pejabat Operasi Paloh 3. Pengawal keselamatan pun ada berkongsi cerita mengenai gangguan di situ.

"Sebelum ini tiada yang nampak secara jelas tapi saya selalu berhati-hati dan pada waktu malam dan elak melalui kawasan ini," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sejak minggu lalu, tular video rakaman penampakan pocong yang didakwa dirakam di RKT Kesedar Paloh 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Jelmaan pocong di Paloh, Gua Musang?

Dalam video berdurasi 11 saat itu, rakaman tersebut menampakkan satu sosok berwarna putih berada di tengah jalan.

Tangkap layar video tular menunjukkan objek berwarna putih di tengah jalan yang dipercayai pocong.
Tangkap layar video tular menunjukkan objek berwarna putih di tengah jalan yang dipercayai pocong.