Kenaikan harga minyak cetus kebimbangan

Serangan menyasarkan loji minyak utama di Kharais dilaporkan telah menyebabkan kemusnahan teruk.
Serangan menyasarkan loji minyak utama di Kharais dilaporkan telah menyebabkan kemusnahan teruk.
A
A
A

KEMUDAHAN minyak Saudi Aramco di Arab Saudi diserang dua dron pada 14 September lalu sehingga menyebabkan pengeksport minyak utama dunia itu mengalami kerugian dianggarkan 5.7 juta tong.

Akibat serangan di loji Abqaiq dan Khurais itu, harga minyak dunia menunjukkan peningkatan secara mendadak.

Amerika Syarikat mendakwa serangan tersebut didalangi oleh Iran. Gerakan Houthi di Yemen sendiri mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan berkenaan apabila menghantar 10 dron ke Saudi.

Bagi meredakan keresahan dunia, kerajaan Arab Saudi perlu mengambil tindakan segera agar operasi pengeluaran minyak dapat dipulihkan seperti sediakala.

Selain itu, sekiranya ada tindakan balas bakal dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi, ia kemungkinan akan mendorong harga minyak mengalami kenaikan lebih tinggi lagi.

Kemusnahan yang terjadi di loji Abqaiq dan Khurais itu akan menghakis keyakinan seluruh dunia, lebih-lebih lagi ekoran perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China masih berlanjutan sehingga kini.

Malaysia tidak dapat terlepas daripada kesannya. Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan sedia memberi subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menjelaskan kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak buat masa ini walaupun jangkaan berlaku kenaikan harga minyak dunia berikutan lebih separuh pengeluaran minyak Arab Saudi terjejas.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Dr Mahathir dan Guan Eng itu pastinya melegakan rakyat negara kita kerana sekiranya harga minyak dinaikkan, ia secara langsung akan membawa bebanan kepada pengguna.

Kejadian serangan terhadap dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman itu benar-benar menguji kedudukan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasinya walaupun negara kita juga adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dunia?

Kini terletak kepada kebijaksanaan kerajaan kita untuk lebih berhati-hati menyusun langkah agar masalah kenaikan harga minyak dunia tidak menjejaskan sangat rakyat.