Robot ikan untuk jadi pengintip

Tunabot dihasilkan daripada keluli dan mesin cetakan 3D.
Tunabot dihasilkan daripada keluli dan mesin cetakan 3D.
A
A
A

VIRGINIA - Ikan robot yang mampu bergerak 15 kali dalam masa sesaat ini dicipta untuk menjadi pengintip di bawah laut termasuk mengintip kapal atau kapal selam musuh.

Ia telah dicipta oleh sekumpulan pakar dari Universiti Virginia dan digelar Tunabot.

Tunabot dihasilkan daripada keluli dan mesin cetakan tiga dimensi (3D) dan dilengkapi kulit plastik yang licin persis seekor ikan.

Ia boleh bergerak pada kira-kira 60 meter seminit melalui air.

Ketua projek, Hilary Bart Smith berkata, dia dan rakan-rakannya memilih tuna kerana ia boleh berenang dengan cepat dan mempunyai tenaga yang tinggi.

Menurutnya, ia dicipta menyerupai tuna sebenar.

"Ia boleh berenang untuk tempoh yang lama dan perlahan-lahan sambil mengawasi apa yang sedang berlaku.

"Ia juga mampu berenang dengan sangat cepat jika melihat sesuatu yang menarik perhatian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kajian mengenai Tunabot itu diterbitkan menerusi jurnal sains robotik pada Rabu lalu.

Difahamkan, pasukan tersebut menerima geran daripada Pejabat Penyelidikan Angkatan Laut Amerika Syarikat bernilai AS$7.2 juta (RM30.2 juta) bagi tempoh lima tahun untuk kajian bagi memahami teori fizik ikan. - Agensi