X

Kindly register in order to view this article
!

Houthi ancam serang UAE

Gabungan Arab memerangi Houthi sejak konflik berlarutan selama lima tahun di Yemen.
A
A

SANA’A - Kumpulan pemberontak Houthi semalam mengancam untuk menyerang puluhan sasaran di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk bandar yang mempunyai menara pencakar langit seperti Dubai dan Abu Dhabi.

“Ia boleh menjadi sasaran pada bila-bila masa. Jika anda mahu kemudahan dan menara anda selamat, keluar dari Yemen!," kata jurucakap kumpulan itu, Brigadier Yahya Saree.

UAE adalah sebahagian daripada negara yang menganggotai gabungan Arab dalam memerangi Houthi dalam konflik yang berlarutan selama lima tahun di Yemen.

Awal minggu lalu, militia yang disokong Iran terbabit mendakwa ia melancarkan serangan ke atas kemudahan minyak di Arab Saudi yang menjejaskan separuh pengeluaran minyak global walaupun Washington dan Riyadh menolak dakwaan itu serta menuduh Teheran bertanggungjawab. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus