Polis terima laporan kes gaduh di plaza tol

Pertengkaran dan pergaduhan melibatkan dua pemandu berusia 30 tahun (kiri) dan pemandu kereta Mazda CX5 (kanan) di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur kelmarin.
Pertengkaran dan pergaduhan melibatkan dua pemandu berusia 30 tahun (kiri) dan pemandu kereta Mazda CX5 (kanan) di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima laporan berhubung kejadian pertengkaran dan pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan dua pemandu di Plaza Tol Bukit Kiara, di sini.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin dikatakan berlaku semasa pemandu van jenis Hiace dari Wangsa Maju menuju ke One Utama melalui Lebuhraya Kerinchi Link telah dipintas sebuah kereta jenis Mazda CX5 sebelum menekan brek di hadapan van tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, kedua-dua pemandu terbabit kemudian telah berhenti di plaza tol tersebut sebelum bertengkar dan bergaduh.

"Pemandu van berusia 30 tahun mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun itu cedera di kepala, tangan serta kaki.

"Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis pada semalam dan hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222.

Tegasnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: