Maut di eskalator akibat telefon bimbit palsu

A
A

AUTA

HARI ini tersebar satu rakaman video berdurasi 17 saat yang menyatakan seorang pelanggan maut di sebuah pusat membeli belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya.

Melalui mesej yang disebarkan, mangsa maut akibat kelekaan bermain telefon bimbit sehingga menyebabkan dia terjatuh, tangan putus di eskalator dan maut.

FAKTA

MESEJ yang disebarkan itu bagaimanapun tidak benar sama sekali di mana kejadian yang berlaku merupakan seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat satu di pusat beli-belah berkenaan pada 27 Disember lalu.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an dikatakan terjatuh dari tingkat satu pusat beli-belah berkenaan yangkebetulan berhampiran eskalator di tingkat bawah tanah 2 (LG2) bangunan berkenaan.

Pusat beli-belah Sunway Pyramid dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu memaklumkan wanita terbabit dilihat memanjat pagar sebelum terjun dari tingkat satu.

“Wanita itu dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Pusat Perubatan Sunway sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan,” kata kenyataan itu.