Amaran kepada pembekal subsidi input pertanian: Mukhriz

Mukhriz (tengah) menyerahkan sijil kepada wakil PPK sempena perasmian Minggu Integriti MADA dan Sesi Libat Urus Bersama Pemimpin Peladang MADA di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar di sini hari ini.
Mukhriz (tengah) menyerahkan sijil kepada wakil PPK sempena perasmian Minggu Integriti MADA dan Sesi Libat Urus Bersama Pemimpin Peladang MADA di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pembekal subsidi input pertanian diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan memberi tawaran atau insentif kepada kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya mereka dapat mempengaruhi peladang bagi memilih produk masing-masing.

Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tujuan kerajaan memberi subsidi kepada peladang adalah untuk membantu mereka mengurangkan kos operasi.

"Mereka boleh pilih apa sahaja produk disenaraikan yang mempunyai subsidi kerajaan mengikut keperluan dan kegunaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Minggu Integriti MADA dan Sesi Libat Urus Bersama Pemimpin Peladang MADA di Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, beliau yakin pemilihan dan pelantikan kepimpinan baharu PPK MADA berdasarkan kredibiliti bagi membolehkan sektor pertanian khususnya industri padi dapat dipacu dan dimajukan selaras dengan hasrat negara.

Katanya, sebagai pemimpin, kepimpinan PPK memiliki tugas dan tanggungjawab untuk menguruskan integriti di peringkat PPK dan di kalangan ahli peladang lain.

"Sebelum ini, kita pernah dengar beberapa kes berkaitan pelanggaran integriti seperti penyalahgunaan kuasa dan salah tadbir urus, ketirisan subsidi dan penjualan baja subsidi," katanya.

Mukhriz berkata, setiap PPK MADA memiliki Pengerusi dan seramai 10 orang Ahli Jemaah Pengarah yang memimpin 3,000 hingga 5,000 orang ahli di kawasan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kepimpinan peladang diharapkan memainkan peranan dengan menyayangi sumber negara dan sumber negara perlulah diurus dan digunakan sewajarnya," katanya.