X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kerajaan bersedia bentang RUU pembiayaan politik: Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berucap pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti-rasuah (JKKMAR) di Putrajaya. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia membentangkan dua rang undang-undang (RUU) bagi pembiayaan politik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, RUU tersebut sangat penting bagi membolehkan mana-mana parti merekodkan sumber dan jumlah kewangan masing-masing.

“Parti politik memerlukan duit tetapi kita tak mahu ada orang kutip duit atas nama parti dan masuk poket sendiri.

"Jadi perlu ada dokumen khusus menunjukkan bukti duit diberi, berapa jumlahnya dan sama ada ia betul derma,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-10 di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara dilapor akan mendraf undang-undang berkaitan pembiayaan dana parti politik yang sudah di peringkat akhir.

RUU itu dijangka menyentuh pelbagai aspek termasuk jumlah amaun, proses penerimaan dana dan hukuman, selain sebahagian inisiatif memastikan ketelusan serta akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan yang digariskan Pelan Antirasuah Nasional 2019 hingga 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna kamera badan pada pegawai elak salah laku: Tun M

Sementara itu, Dr Mahathir memberitahu projek Bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang bernilai RM450 juta telah diluluskan melalui rundingan terus oleh kerajaan terdahulu kepada PDM Builders Sdn Bhd.

Beliau berkata, tiada tender baharu melalui rundingan terus diberikan kepada syarikat itu.

"Anda melihat nota yang saya tulis (yang tular) itu bahawa ia adalah projek yang diberikan sebelum ini," katanya.

Beliau menegaskan sekiranya syarikat berkenaan sanggup mengurangkan kos, tiada tender baharu dikeluarkan.

"Apa yang saya katakan jika sanggup kurangkan kos, tidak perlu tender baharu. Ini adalah kesinambungan projek daripada kerajaan terdahulu," katanya.

Baru- baru ini, sepucuk surat didakwa mempunyai kaitan dengan penganugerahan projek secara rundingan terus diberi kepada sebuah syarikat untuk pembinaan bangunan itu tersebar di media sosial.

Isnin lalu, surat daripada syarikat berkenaan yang tertulis nota tulisan tangan Perdana Menteri itu memaklumkan tidak perlu tender baharu jika PDM Builders dapat mengurangkan kos memandangkan projek telah diberikan kepada syarikat tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!