X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

Bomba jumpa bangkai ular sawa

Anggota bomba mengeluarkan bangkai ular sawa yang ditemukan ketika operasi memadam api di kawasan tanah gambut di Kampung Matang Merbau semalam. - foto: BERNAMA
A
A

TAIPING - Bangkai seekor ular sawa batik sepanjang 3 meter dijumpai dalam kebakaran di kawasan tanah gambut di Kampung Matang Merbau di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, ular seberat 15kg ditemui pada sebatang pokok akibat kejadian tersebut yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari itu.

"Bangkai itu ditemui tersangkut pada pokok ketika anggota berusaha memadamkan api daripada merebak di sekitar kawasan berkenaan.

"Reptilia itu ditanam anggota di lokasi kejadian sebelum meneruskan operasi yang masih dilakukan sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman ladang sawit itu diteruskan dengan tumpuan kepada tompok-tompok sisa bara di kawasan seluas 0.5 hektar itu.

Operasi memadam kebakaran kawasan tanah gambut di Kampung Matang Merbau masih diteruskan ketika ini.
Operasi memadam kebakaran kawasan tanah gambut di Kampung Matang Merbau masih diteruskan ketika ini.

"Operasi membabitkan 25 anggota termasuk bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis ini sudah memasuki 26 jam dan hanya meliputi 70 peratus pemadaman.

"Anggota mengalami kesukaran apabila terpaksa mendapatkan bekalan air di pili bomba sejauh 1km serta mengalami tekanan air yang rendah," katanya.

Rafeel berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan, namun pihaknya menjangkakan operasi akan berakhir selewat-lewatnya petang ini.

Bangkai ular sawa sepanjang 3 meter ditemui dalam operasi kebakaran tanah gambut di Kampung Matang Merbau semalam.
Bangkai ular sawa sepanjang 3 meter ditemui dalam operasi kebakaran tanah gambut di Kampung Matang Merbau semalam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!