Pertandingan CCMA pacu generasi muda berminda kreatif

Mohd Ghazali bergambar bersama pemenang pertandingan CCMA 2019 pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Creative Content Master Award (CCMA) 2019 dan pelancaran Pertandingan CCMA 2020 di Dewan Za'ba Kementerian Pendidikan Malaysia di sini hari ini.
Mohd Ghazali bergambar bersama pemenang pertandingan CCMA 2019 pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Creative Content Master Award (CCMA) 2019 dan pelancaran Pertandingan CCMA 2020 di Dewan Za'ba Kementerian Pendidikan Malaysia di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pertandingan Creative Content Master Award (CCMA) 2019 bertemakan ‘A’ Content: ‘A’ Society yang berlangsung hari ini menekankan etika dan nilai moral yang baik kepada masyarakat.

CCMA 2019 yang julung kali dianjurkan turut memainkan peranan melestarikan sistem pendidikan berkualiti bagi membangunkan potensi individu untuk memenuhi aspirasi negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memanfaatkan sepenuhnya pertandingan CCMA bagi menggalakkan penuntut pusat pengajian tinggi dalam bidang seni, reka bentuk dan multimedia memperoleh pendedahan serta pengiktirafan daripada pelopor industri berkaitan.

"Sebanyak 151 penyertaan diterima sehingga tarikh tutup pada 30 Jun lalu daripada 135 universiti awam, 10 institusi pengajian tinggi swasta, empat kolej komuniti dan masing-masing satu daripada politeknik serta kolej vokasional.

"Penyertaan yang menggalakkan ini memberikan satu gambaran yang positif terhadap perkembangan industri kreatif negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan CCMA 2019 dan pelancaran Pertandingan CCMA 2020 di Dewan Za'ba KPM di sini hari ini.

Antara pemenang pertandingan CCMA 2019 yang diadakan hari ini.
Antara pemenang pertandingan CCMA 2019 yang diadakan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mohd Ghazali berkata, pertandingan CCMA merupakan satu program nilai tambah yang ditawarkan melalui perjanjian perolehan perisian Adobe secara berpusat antara KPM dengan Syarikat Prestariang.

"Selaras dengan perjanjian tersebut, CCMA dijadualkan akan diadakan oleh Prestariang sebanyak tiga kali sehingga 2021.

"Sebagai menghargai usaha dan kesungguhan peserta, penganjur turut menyediakan beberapa kategori hadiah yang akan disampaikan kepada pemenang," katanya.

Menurutnya, mengambil kira penjajaran usahasama kementerian dan Prestariang iaitu Peningkatan Kerjasama Digital Dalam Pendidikan Tinggi, KPM akan terus menyokong dan memperkasakan usaha awam dan swasta untuk membawa institusi pendidikan negara ke peringkat antarabangsa.

"Semoga hasrat KPM meningkatkan libat urus awam-swasta ini akan disahut hebat oleh syarikat di luar sana.

"Ia juga memastikan institusi pendidikan kita terus relevan dan setaraf dengan negara maju yang lain," katanya.