Trump pertingkat sekatan ke atas Iran

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengarahkan sekatan ke atas Iran dalam langkah terakhir negara itu untuk menekan Teheran yang didakwa menyerang kemudahan minyak Arab Saudi, hujung minggu lalu.

Trump bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut, namun inisiatif itu dibuat berikutan kenyataan berulang AS bahawa Iran merupakan dalang serangan tersebut.

"Saya baru sahaja mengarahkan Setiausaha Perbendaharaan untuk meningkatkan sebahagian besar sekatan ke atas Iran," tulis Trump di Twitter miliknya.

Teheran bagaimanapun sekali lagi menafikan penglibatannya ke atas serangan di loji minyak syarikat Aramco itu.

Tegas Presiden Iran, Hassan Rouhani, AS hanya ingin mengenakan tekanan maksimum ke atas Teheran melalui fitnah.

"Kami tidak mahu konflik di rantau ini. Siapa yang memulakan konflik?" tegasnya turut menyalahkan Washington dan sekutu Teluk untuk perang di Yaman.

Dalam serangan Sabtu lalu, kumpulan pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab dan memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa sasaran mereka akan terus diperhebatkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kemudahan minyak Arab Saudi diserang

Serangan dron: Iran jadi kambing hitam?

Arab Saudi tunjuk bukti serpihan dron serangan fasiliti Aramco

Serangan ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah buat pertama kali hari ini dalam tempoh tiga dekad.

Harga minyak meningkat kepada 20 peratus di atas AS$71 (RM295) setong apabila pasaran dibuka semula susulan serangan ke atas infrastruktur itu yang turut mengurangkan lebih separuh daripada pengeluaran di kemudahan terbabit.

Selain itu, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa mencecah hampir AS$12 (RM50) dalam dagangan setinggi AS$71.95 (RM299.92) setong sebelum menurun kepada AS$66.75 (RM278.25) menjelang tengah hari di Asia yang menyaksikan peningkatan sebanyak hampir 11 peratus. - Agensi