X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya dua kedai mamak di Pahang ada sijil halal

Dari kiri Mohd Ghazali menyerahkan sijil halal kepada Pengerusi IASC Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengarah Urusan IASC, Mohd Zamri ibrahim.
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Hanya dua kedai mamak daripada lebih 300 restoran termasuk kopitiam di negeri ini mempunyai sijil halal.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, kedua-dua restoran mamak itu ialah Nasi Vanggey di Jalan Teluk Sisek dan Taj Makmur di Jalan Tun Ismail, manakala selebihnya tidak pernah memohon sijil halal termasuklah kedai-kedai kopitiam.

"Bagaimanapun kedai rangkaian White Coffee memperoleh pensijilan halal.

"Kita sentiasa pantau dan menyeru semua restoran mamak di negeri ini memohon pensijilan halal dengan cara turun padang ke restoran berkenaan untuk berkempen, namun mereka masih enggan dan kurang peka dengan seruan ini memandangkan pelanggan mereka tetap ramai pada bila bila masa. Bahkan orang Melayu Islam juga ramai yang berkunjung ke sana.

"Saya kira sudah sampai masanya orang Islam menyedari hal ini dan biar mereka ambil pensijilan halal dulu," katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Sijil Halal oleh JAIP kepada Dewan Makan Maahad Tahfiz Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dari kiri Mohd Ghazali, Pengerusi IASC Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengarah Urusan IASC, Mohd Zamri ibrahim menyempurnakan gimik penyerahan sijil halal oleh JAIP kepada Dewan Makan Maahad Tahfiz Yayasan Pahang hari ini.
Dari kiri Mohd Ghazali, Pengerusi IASC Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengarah Urusan IASC, Mohd Zamri ibrahim menyempurnakan gimik penyerahan sijil halal oleh JAIP kepada Dewan Makan Maahad Tahfiz Yayasan Pahang hari ini.

Maahad Tahfiz Yayasan Pahang merupakan dewan makan pertama di negeri ini memperoleh sijil halal.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyeru pengusaha-pengusaha restoran mamak dan pembekal untuk memohon sijil halal bagi memastikan kebajikan pelanggan mereka yang majoritinya Muslim terpelihara.

Beliau berkata, pengusaha boleh membuat permohonan menerusi JAIP tanpa menggunakan perkhidmatan konsultan yang cenderung mengenakan cas tinggi.

Ini kerana katanya, cas keseluruhan permohonan pensijilan ini hanya serendah RM200 setahun, manakala bagi restoran yang berpendapatan RM50 juta setahun pula dikenakan RM1,000 setahun.

Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, terdapat peningkatan hampir 60 peratus apabila sejumlah 452 premis makanan memperoleh sijil halal tahun ini berbanding 200 sebelumnya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bersama jabatan berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam meningkatkan kesedaran terhadap pensijilan halal ini.