X

Kindly register in order to view this article
!

Gaduh di plaza tol: Polis rakam keterangan dua lelaki

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

SHAH ALAM - Polis merakam keterangan dua individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kita masih lengkapkan kertas siasatan, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields 03-2297 9222," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pemandu van jenis Hiace berusia 30 tahun itu memandu dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama, sebelum kenderaannya dipotong oleh pemandu Mazda CX5.

Pemandu kereta jenis Mazda CX5 berusia 38 tahun itu dipercayai telah menekan brek di hadapan van yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.

Kedua-duanya kemudian berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara bertengkar dan bergaduh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman dua lelaki bergaduh tular di Facebook

Kedua-dua individu yang mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki terbabit kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan kes gaduh di plaza tol


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!