Bacaan IPU Kuala Terengganu meningkat

Pemandangan di bandar Kuala Terengganu yang mencatatkan bacaan IPU 126 dan berada pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi.
Pemandangan di bandar Kuala Terengganu yang mencatatkan bacaan IPU 126 dan berada pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Terengganu meningkat kepada 126 pada jam 1 tengah hari tadi.

Laman Web Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan Kuala Terengganu merekodkan bacaan IPU tertinggi di negeri ini yang berada pada tahap tidak sihat.

Selain daerah ini, IPU Kemaman juga mencatatkan peningkatan kepada bacaan 108 berbanding 103 jam 8 pagi tadi.

Turut mencatatkan peningkatan bacaan IPU ialah daerah Paka dengan catatan 109 berbanding 104 jam 8 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh mengingatkan orang ramai supaya minum air kosong dalam kuantiti yang secukupnya bagi mengelak berlakunya hidrasi.

"Orang ramai digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gerlas sehari bagi mengekalkan tahap kesihatan badan.

"Selain itu, kita juga menyarankan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memakai penutup hidung dan mulut," katanya.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai juga diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap jangkitan penyakit mata, serangan asma dan saluran pernafasan dalam keadaan cuaca begini.

Artikel Berkaitan:

"Jerebu boleh memburukkan keadaan penyakit seperti saluran pernafasan, asma, radang paru-paru, sakit tekak, batuk dan selesema.

"Jadi, kita nasihatkan kepada orang awam supaya lebih peka terhadap aspek kesihatan," katanya.