Dakwa sembunyi fakta sebenar krisis air

Idris menunjukkan keadaan kolam tahadan air yang semakin kering dan berkurangan.
Idris menunjukkan keadaan kolam tahadan air yang semakin kering dan berkurangan.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Pembangkang Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa kerajaan negeri menyembunyikan fakta sebenar mengenai kemelut krisis air yang menghantui beribu penduduk di negeri ini.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, kerajaan negeri seharusnya mengumumkan catuan secara berkala dan bukanya masih menidakkan apa yang berlaku sebagai bukan krisis sedangkan hakikatnya paras empangan telah melepasi tahap kritikal.

Menurutnya, cara penyampaian mengenai masalah bekalan air juga dianggap tidak sistematik apabila notis pemberitahuan awal tidak diberikan ke peringkat akar umbi rakyat yang terjejas dan hanya sebahagian sahaja yang menerimanya.

Katanya, semua pihak yang berkaitan perlu memberikan perhatian serius terhadap isu mengenai kepayahan yang sedang dilalui rakyat pada hari ini.

"Inikah yang dikatakan kerajaan berwibawa dan saya yakin mereka sedang menyembunyikan beberapa fakta sebenar.

"Realitinya Melaka sedang berhadapan krisis air terburuk dalam sejarah pengurusan air dan semua empangan berada di tahap kritikal," katanya ketika melawat kolam tadahan air di Durian Tunggal di sini hari ini.

Idris (kanan) ketika melihat kolam tadahan air di Empangan Durian Tunggal yang semakin kering.
Idris (kanan) ketika melihat kolam tadahan air di Empangan Durian Tunggal yang semakin kering.

Artikel Berkaitan:

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, mereka juga sepatutnya menyediakan pelan kontingensi lebih awal dan situasi meruncing ini seolah-olah menggambarkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) gagal menguruskannya dengan baik.

"Masalah semakin meruncing dan air merupakan suatu keperluan asas rakyat, ini bukan titik sentuhan politik tetapi suatu hakikat yang perlu dihadapi memandangkan rakyat sedang tertekan untuk teruskan kehidupan seharian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: