Lima rakan berdepan hukuman mati

Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.
Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.
A
A
A

PASIR PUTEH - Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Puyu, Cherang Ruku pada 2 September lalu.

Tertuduh, Mohd Nur Firdaus Zulkifli, 25, Wan Mohamad Adzim Syazwan Wan Bakar, 23, Shahrulnizan Ismail, 20, Muhammad Rusyaidi Sharin, 21 dan seorang remaja yang berusia 17 tahun hanya mengangguk ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kesemua tertuduh dilaporkan telah membunuh Mohd Aiman Suaidi Samsudin, 26, di Kampung Puyu, Cherang Ruku.

Kesalahan pada 2 September lalu itu dilakukan antara jam 5 hingga 8 pagi.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma'a Che Omar dan tertuduh juvana diwakili peguam, Aminudin Mohamad.

Kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat pemuda berusia 26 tahun ditemui terapung berhampiran tebing sungai Kampung Puyu, Pasir Puteh dengan kesan terbakar pada muka dan beberapa tikaman dipercayai dibunuh.