Penzina di Indonesia bakal dipenjara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Indonesia bersedia untuk meluluskan kod hukuman baharu penzinaan luar perkahwinan dan memperkenalkan hukuman berat kerana menghina maruah presiden.

Kumpulan hak asasi bagaimanapun mengkritik cadangan itu sebagai serangan yang mengganggu kebebasan asasi.

Menurut empat ahli Parlimen, kod jenayah baharu tersebut akan diguna pakai minggu depan selepas Parlimen dan kerajaan setuju dengan draf akhir, semalam.

Penggubal undang-undang juga memaklumkan kod hukuman baharu akan menggantikan undang-undang zaman kolonial Belanda.

Sementara itu, ahli potik Parti Keadilan Sejahtera, Nasir Djamil berkata, negara perlu melindungi rakyat daripada tingkah laku yang bertentangan dengan perintah ALLAH.

"Pemimpin semua agama telah dimaklumkan tentang perubahan yang selari dengan ideologi Indonesia iaitu berdasarkan kepercayaan Tuhan," katanya.

Di bawah undang-undang dicadangkan, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama sebagai suami isteri boleh dipenjara selama enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (RM2,977) atau bersamaan dengan tiga bulan gaji bagi kebanyakan rakyat Indonesia.

Difahamkan, pendakwaan boleh diteruskan sekiranya ketua kampung yang mengetuai kedudukan terendah kerajaan memfailkan aduan dengan polis dan ibu bapa atau individu dituduh tidak membantah.

Artikel Berkaitan:

Ibu bapa, anak atau pasangan juga boleh membuat aduan.

Ahli Parlimen, Teuku Taufiqulhadi berpendapat, ketua kampung diberi kuasa kerana mangsa zina juga adalah anggota masyarakat.

Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan Pembaharuan Keadilan Jenayah menjelaskan, jutaan rakyat Indonesia akan terpalit dengan undang-undang itu memandangkan satu kajian menunjukkan 40 peratus remaja terlibat dalam aktiviti seksual sebelum berkahwin.

Undang-undang baharu ini juga akan dikenakan kepada rakyat asing. - Agensi