Calon Presiden Tunisia kekal meringkuk dalam penjara

Nabil Karoui
Nabil Karoui
A
A
A

TUNIS- Sebuah mahkamah Tunisia sekali lagi menolak permohonan untuk membebaskan taikun media yang dipenjara, Nabil Karoui, yang telah dicalonkan dalam pilihan raya presiden bersama-sama profesor undang-undang Kais Saied, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Parti Qalb Tounes.

Karoui, calon Parti Qalb Tounes (Heart of Tunisia), telah melangkah ke pusingan kedua bagi menentang Saied, seorang calon bebas, dalam pilihan raya yang berlangsung pada Ahad.

Hakim itu enggan memberikan penghakiman atas alasan itu bukan dalam bidang kuasa beliau, menurut kenyataan tersebut.

Beberapa mahkamah sebelum ini turut menolak permohonan untuk membebaskan Karoui atas alasan yang sama.

Karoui telah didakwa melakukan kesalahan jenayah kewangan susulan siasatan oleh satu kumpulan antirasuah.

Pada 8 Julai, sebuah mahkamah telah mengarahkan agar aset milik Karoui dan saudara lelakinya dibekukan selain mengenakan larangan perjalanan ke atas mereka.

Karoui telah ditahan pada 23 Ogos atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram dan mengelak cukai.

Menurut keputusan rasmi, Saied memperoleh sejumlah 18.4 peratus undi manakala Karoui di tempat kedua dengan 15.6 peratus undi. -- BERNAMA

Artikel Berkaitan: