PUNB lantik Izwan sebagai CEO

No Image Caption
A
A
A

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melantik Izwan Zainuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, berkuat kuasa esok.

Beliau menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad, yang meletak jawatan pada 15 Okt, 2018, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Pengerusi PUNB Datuk Hazimah Zainuddin yang menyambut baik pelantikan Izwan berkata beliau mengalu-alukan sumbangan Izwan dalam mengukuhkan daya tahan organisasi itu serta merealisasikan mandat untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat usahawan Bumiputera.

Izwan memperoleh Ijazah Sains Kewangan dari Oklahoma State University dan Diploma dalam Perniagaan Tani dari Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Debt Venture di yCreative Ventures Sdn Bhd, cabang pelaburan kerajaan bagi merangsang industri kreatif Malaysia dalam bentuk pembiayaan menrusi ekuiti atau hutang. - Bernama

Artikel Berkaitan: