Coutinho kini bahagia di Bayern Munich

Coutinho kini lebih tenang menikmati suasana kekeluargaan sebenar bola sepak sebenar selepas berhijrah ke Bayern Munich.
Coutinho kini lebih tenang menikmati suasana kekeluargaan sebenar bola sepak sebenar selepas berhijrah ke Bayern Munich.
A
A
A

PHILIPPE Coutinho menyifatkan beliau menikmati suasana kekeluargaan sebenar bola sepak selepas menyertai Bayern Munich.

Tonggak yang dipinjamkan dari Barcelona itu berkata, beliau kini lebih bahagia berbanding ketika bersama dua kelab sebelum ini.

Menurutnya, elemen kekeluargaan di De Bavarian membuatkan pemain Brazil itu merasakan dirinya kembali bertenaga selepas mengharungi musim suram di Sepanyol.

“Pada hari pertama, mereka menunjukkan fasiliti kelab kepada saya dan saya juga bertemu rakan sepasukan.

“Saya merasa lebih bersemangat setiap hari. Paling penting saya sangat bahagia berada di sini,” kata Coutinho.

Coutinho menyertai Bayern Munich secara pinjaman dari Barcelona sehingga 30 Jun 2020 sudah membuat tiga penampilan bersama gergasi Bundesliga Jerman itu.

Pada ketika menikmati semula suasana kehidupan berkeluarga di Bayern, Coutinho mengaku beliau sedang berusaha mengembalikan prestasi sebenarnya selepas tenggelam di Barcelona.

“Bayern lebih seperti keluarga daripada kelab lama saya. Saya tahu Liverpool memiliki suasana yang bagus, tetapi di Bayern Munich lebih seperti keluarga,” kata Coutinho.

Artikel Berkaitan: