Dua warga India melecur rumah terbakar

Unit terjejas dalam kebakaran di Pangsapuri Taman Miharja Jalan Loke Yew hari ini. - Foto JBPM KL
Unit terjejas dalam kebakaran di Pangsapuri Taman Miharja Jalan Loke Yew hari ini. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua warga India dilaporkan melecur di kaki dalam kejadian kebakaran sebuah unit rumah di Blok 2 Pangsapuri Taman Miharja Jalan Loke Yew di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20 dan 32 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Armdan Mahat berkata, panggilan kecemasan diterima jam 8.11 malam sebelum 46 anggota dari BBP Pudu dibantu BBP Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Chreras dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kejadian berlaku melibatkan kebakaran pada sebuah bilik dalam unit yang berada di tingkat 10.

"Kebakaran dapat dikawal jam 8.30 malam sebelum api dipadamkan sepenuhnya 17 minit kemudian melibatkan sebuah bilik berkeluasan 150 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke HKL menggunakan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan). Punca kejadian masih disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan: