Lelaki dikhuatiri lemas ketika cari kepah

Mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi menerima rawatan. Gambar kecil, Mohamed Zulfadhli
Mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi menerima rawatan. Gambar kecil, Mohamed Zulfadhli
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dia bersama rakannya dihanyutkan arus ketika mencari kepah di Pantai Kuala Muda berhampiran pasar bisik di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari, 22, dikatakan tidak dapat menyelamatkan diri selepas mereka hanyut dibawa arus.

Bagaimanapun rakannya yang berusia 13 tahun berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melihat kejadian berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 6.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Muda tiba ke lokasi beberapa minit kemudian.

Menurutnya, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba Bandar Perda untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan dikejarkan ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: