X

Kindly register in order to view this article
!

Sekolah di Larut, Matang dan Selama ditutup esok

A
A

IPOH - Semua 147 buah sekolah dalam Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) akan ditutup esok berikutan keadaan jerebu di kawasan itu yang bertambah buruk.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, daripada jumlah itu, 36 adalah sekolah menengah manakala 111 lagi sekolah rendah dan jumlah pelajar terjejas adalah 48,006 orang.

"Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 200 mulai 2 petang ini, Pegawai Pendidikan Daerah LMS boleh memaklumkan kepada pengetua dan guru besar untuk menutup sekolah pada Khamis, 19 September," katanya.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Taiping berada pada paras sangat tidak sihat iaitu 203 setakat jam 5 petang ini.

Hari ini sebanyak 303 sekolah dalam Daerah Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Perak Tengah ditutup akibat jerebu yang berada pada paras sangat tidak sihat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!