Jho Low bersama Najib ketika lawatan rasmi di New York, London

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bersama Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan rasmi Najib di New York dan London.

Ini didedahkan bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Beliau juga berkata Jho Low sering kelihatan semasa bekas Perdana Menteri itu mengadakan lawatan rasmi.

Saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib berkata, beliau menerima beribu-ribu dolar Amerika Syarikat (US) daripada Jho Low ketika di New York dan duit poket di London, United Kingdom.

Diaju pertanyaan oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tentang jumlah wang yang diterima daripada Jho Low, saksi itu menjawab beliau tidak dapat mengingatinya.

Muhammad Shafee: Ketika anda ditahan (oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah anda tahu mengapa? Adakah disebabkan 800,000 dolar US?

Amhari Efendi: Saya tidak ingat

Muhammad Shafee: Adakah disebabkan 200,000 dolar US?

Artikel Berkaitan:

Amhari Efendi: Yang mana?

Muhammad Shafee: Yang anda pinjam daripada Jho Low.

Amhari Efendi: Tidak.

Muhammad Shafee: Anda pernah menerima lebih banyak wang berbanding ini, daripada Jho Low?

Amhari Efendi: Ya.

Muhammad Shafee: Berapa banyak?

Amhari Efendi: Saya tidak ingat. Apabila ada lawatan, mungkin terdapat beberapa perbelanjaan perjalanan.

Muhammad Shafee: Bilakah Jho Low bagi anda wang ketika anda melakukan perjalanan?

Amhari Efendi: Pelbagai.. Saya tidak ingat semua.. di New York. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Jho Low antara pencatur politik Najib: Saksi

'Pertemuan sulit' berlangsung antara Najib, Jho Low