X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Polis terima laporan kes gaduh di plaza tol

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima laporan berkaitan kes pergaduhan melibatkan dua individu di Plaza Tol Bukit Kiara semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku melibatkan pemandu van jenis Hiace dan juga pemandu kereta jenis Mazda CX5.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu van memandu dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama, sebelum kenderaannya dipotong oleh pemandu Mazda CX5.

"Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pemandu kereta jenis Mazda CX5 dipercayai telah menekan brek di hadapan van tersebut.

"Kedua-duanya kemudian berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara bertengkar dan bergaduh," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit kemudiannya membuat laporan polis pada semalam dan hari ini.

"Kedua-dua mereka mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki. Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan," katanya.

Rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki berkenaan tular di media sosial sejak pagi tadi dan menerima pelbagai tanda reaksi serta komen daripada pelayar Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman dua lelaki bergaduh tular di Facebook

Dalam pada itu, Arifai menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields 03-2297 9222.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!