Tradisi mayat berjalan di Tana Toraja

A
A
A

TANA TORAJA- INDONESIA- Mayat keluarga yang sudah meninggal dunia 'dibangunkan' oleh waris-warisnya untuk dibawa berjalan-jalan seperti manusia biasa, demikian tradisi unik yang masih diamalkan oleh masyarakat di Tana Toraja, Sulawesi Selatan.

Laporan media antarabangsa dan tempatan melaporkan, tradisi yang dikenali sebagai Ma' Nene itu telah diamalkan oleh masyarakat berkenaan sejak puluhan tahun lalu.

Dalam upacara berkenaan, mayat-mayat akan dibangunkan dan para waris akan memakaikan mereka pakaian baharu sebelum dibawa berjalan-jalan dan bersiar-siar.

Disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa, upacara ini diamalkan khusunya oleh etnik Baruppu di pedalaman Toraja utara.

Upacara Ma'nene dilakukan setiap tiga tahun sekali dan biasanya dilakukan pada bulan Ogos.

Masyarakat Toraja percaya jika upacara Ma' Nene tidak dilakukan pada masa yang ditetapkan, maka sawah-sawah dan ladang mereka akan mengalami kerosakan dengan banyaknya tikus dan ulat yang bakal datang untuk merosakan sawah mereka.

Sejarah Ma'nene ini bermula ketika seorang pemburu haiwan yang bernama Pong Rumasek datang memburu ke kawasan berkenaan, ketika tiba di perkampungan berkenaan dia telah menemui seorang mayat dalam keadaan yang amat menyedihkan, dia kemudiannya menguruskan mayat berkenaan dengan mengenakan pakaian sebelum mengkebumikannya.

Artikel Berkaitan:

Sejak dari kejadian berkenaan, rezeki Pong mencurah-curah dan kerap mendapat hasil tangkapan buruan.

Pong kemudiannya mewariskan amanahnya kepada penduduk Baruppu.

Dalam upacara berkenaan, mayat yang dikeluarkan daripada peti mayat biasanya akan dibacakan doa dalam bahasa Toraja Kuno. Setelah itu, mayat tersebut diangkat dan mulai dibersihkan dari atas kepala hingga ke hujung kaki dengan menggunakan kain bersih. Setelah itu, barulah mayat tersebut dipakaikan baju.

ends

https://www.liputan6.com/lifestyle/read/2072588/tradisi-mayat-berjalan-di-tana-toraja