Kebakaran di Sogo The Mall, Southkey

Perkakas pameran terbakar di SOGO The Mall, Southkey di sini hari ini.
Perkakas pameran terbakar di SOGO The Mall, Southkey di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Sogo The Mall, Southkey Johor melibatkan perkakas pameran petang tadi.

Komander operasi, Haizrulbin Rahmad berkata, sebuah jentera dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 petang.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran perkakas pameran berkeluasan 30 kaki x 30 kali.

"Kebakaran itu telah dipadamkan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan bangunan dengan menggunakan satu aliran sistem pancur mula dan empat pemadam api jenis debu kering.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, tular di media sosial mengenai rakaman kebakaran tersebut yang dikongsi netizen semasa kejadian tersebut berlaku.

Artikel Berkaitan: