Jerebu: Istiadat perbarisan sempena Hari Pahlawan ditangguhkan

Jerebu
Jerebu
A
A
A

PUTRAJAYA - Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 yang dijadualkan di Dataran Pahlawan Negara esok ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, acara-acara lain seperti majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat serta khutbah khas dan solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 diteruskan mengikut jadual.

Setakat jam1 petang, IPU di Putrajaya mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat iaitu 200.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu sederhana hingga tebal di beberapa kawasan: MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan pergerakan asap jerebu merentasi sempadan dan tempatan berkemungkinan menyebabkan keadaan cuaca jerebu sederhana sehingga tebal di beberapa kawasan di Malaysia antara 17 sehingga 19 September.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini, berdasarkan Laporan Pergerakan Asap Jerebu oleh MetMalaysia pada 3 petang semalam, situasi itu akan mempengaruhi jarak ketampakan di kawasan seperti seluruh Sarawak, pantai barat Semenanjung dan timur Sabah iaitu Tawau dan Sandakan.

Menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar pada jam 8 pagi tadi, terdapat 34 kawasan menunjukkan kualiti udara tidak sihat dan lapan kawasan menunjukkan bacaan sangat tidak sihat. - Bernama

Artikel Berkaitan: