X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan sudah bayar faedah RM9 bilion hutang 1MDB

A
A

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan juga komited membayar balik keseluruhan hutang termasuk hutang pokok berjumlah RM36 bilion menerusi penjadualan hutang yang ditetapkan agar tidak menjejaskan reputasi negara.

"(Dalam masa yang sama) kita perlukan perbelanjaan pembangunan untuk perkara-perkara lain jadi kita harus melihat keutamaan.

"Kita juga tidak gagal dalam membuat bayaran balik dan bila sampai tempoh kita akan bayar dan akan pastikan projek-projek yang lain dapat diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Dr Yacob Mustafa dan Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (dua dari kanan) beramah mesra bersama sebahagian para peserta pada perasmian Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan Kali Ke-29 hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (dua dari kanan) beramah mesra bersama sebahagian para peserta pada perasmian Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan Kali Ke-29 hari ini. - Foto Bernama

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada tahun lepas dilaporkan berkata, kerajaan mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kerajaan Kelantan mengenai pembayaran royalti minyak yang kini masih dalam penelitian di Kementerian Kewangan, Amiruddin berkata, kerajaan akan membuat bayaran itu setelah segala perincian diselesaikan.

"Apa yang sudah sampai tempoh dan ada keputusan yang dibuat oleh kabinet ataupun oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri, Kementerian Kewangan akan akur dan kita akan laksanakannya," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan jamin selesaikan hutang 1MDB, SRC International: Guan Eng


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!