Rumah terbakar disangka bunyi mercun

Beginilah keadaan rumah Mohd Nor Khairul Azhar Embong, 28, yang terlibat dalam kebakaran malam tadi.
Beginilah keadaan rumah Mohd Nor Khairul Azhar Embong, 28, yang terlibat dalam kebakaran malam tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang mangsa kebakaran di Kampung Kuala Belara, Manir di sini tidak menyangka bunyi seperti mercun yang didengarinya malam tadi adalah kebakaran yang memusnahkan rumah anak saudaranya.

Mariam Jusoh, 46, berkata, ketika kejadian iaitu kira-kira jam 11.45 malam, dia sedang menonton televisyen bersama dua lagi anaknya sebelum terdengar bunyi letupan beberapa kali yang disangkakan mercun.

Menurutnya, sebaik terdengar bunyi seperti mercun itu, dia keluar dan ternampak api marak dari rumah bersebelahan yang didiami anak saudaranya, Mohd Nor Khairul Azhar Embong, 28, sejak enam tahun lalu.

Mariam menunjukkan sebahagian rumahnya yang turut terbakar malam tadi.
Mariam menunjukkan sebahagian rumahnya yang turut terbakar malam tadi.

"Ketika itu saya nampak api sedang marak. Disebabkan terlalu terkejut, memang tidak terfikir untuk bertindak sehinggalah saya dikejutkan dengan suara jiran menyuruh kami keluar segera.

"Saya cuma sempat mencapai dokumen pengenalan diri dan membawa motosikal yang ada di hadapan rumah. Barang-barang lain memang tidak sempat nak ambil.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana hanya dua peratus bahagian rumah di ruang tamu yang terbakar kerana sempat dikawal bomba," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Mariam
Mariam

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai 21 anggota termasuk pegawai kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 malam.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran telah memusnahkan 80 peratus bahagian rumah dan kami mengambil masa selama 13 minit bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.