Kumpul dana bantu penuntut mualaf di KUIPSAS

Muhamad Anuar (tiga dari kanan), Dr Asmadi (empat dari kanan) dan Muhamad Mustafa (dua dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan kepada wakil penuntut mualaf di KUIPSAS di sini hari ini.
Muhamad Anuar (tiga dari kanan), Dr Asmadi (empat dari kanan) dan Muhamad Mustafa (dua dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan kepada wakil penuntut mualaf di KUIPSAS di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Ahli Jawatankuasa Masjid Raudah Taman Guru di sini mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membantu penuntut mualaf yang mengikuti pengajian di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Pengerusi masjid, Muhamad Anuar Ismail berkata, usaha dilakukan itu sebahagian daripada khidmat sosial pihak masjid membantu golongan yang memerlukan.

Menurutnya, melalui inisiatif itu pihak masjid berjaya mengumpul RM7,000 di mana RM5,000 disumbangkan kepada pelajar mualaf KUIPSAS dan RM2,000 lagi digunakan bagi menjayakan program dakwah di perkampungan orang asli di Cameron Highlands.

“Dana tersebut berjaya dikumpulkan hasil sumbangan jemaah dan inisiatif ini akan diteruskan lagi.

“Melalui program seperti ini, ia sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat di Taman Guru beramal jariah dengan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan pelajar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar KUIPSAS, Dr Asmadi Abdul Rahman menyambut baik dan berterima kasih kepada pihak pengurusan masjid atas sumbangan bagi membantu pelajar mualaf yang sedang mengikuti pengajian di kolej itu.

“Kami bersyukur apabila pihak Masjid Raudah memilih KUIPSAS untuk menghulurkan sumbangan. Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada masyarakat bagi meringankan bebanan pelajar di sini," katanya ditemui pada majlis penyerahan sumbangan di Masjid KUIPSAS hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Bendahari Masjid Raudah, Datuk Muhamad Mustafa Abdul Malik. Beliau menyampaikan sumbangan RM200 pada setiap pelajar mualaf di KUIPSAS hasil sumbangan dana yang dikumpulkan.

Artikel Berkaitan: