Rakaman dua lelaki bergaduh tular di Facebook

Rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di Facebook hari ini.
Rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di Facebook hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Satu rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tular di media sosial sejak pagi tadi dipercayai berlaku Plaza Tol Bukit Kiara.

Rakaman berdurasi 2 minit 9 saat itu menunjukkan kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX5 seolah-olah menghalang pemanduan kereta di belakangnya.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemandu di belakang dan sejurus tiba di plaza tol, lelaki yang memandu Mazda memberhentikan kenderaannya.

Pemandu Mazda keluar dari kenderaannya lalu menghampiri kenderaan dipandu lelaki di belakangnya sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara kedua-dua lelaki berkenaan.

Video dan status dimuat naik menerusi satu hantaran di sebuah laman Facebook itu sehingga kini mendapat lebih 4,000 tontonan dan menerima pelbagai tanda reaksi serta komen daripada pelayar Facebook.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan kejadian daripada polis.

Artikel Berkaitan: