KPDNHEP lupuskan barang tiruan RM1.09 juta

Rosli (kanan) mengunting baju tiruan semasa proses pelupusan dijalankan hari ini di Nilai.
Rosli (kanan) mengunting baju tiruan semasa proses pelupusan dijalankan hari ini di Nilai.
A
A
A

NILAI - Sebanyak 33 kes sitaan bernilai RM1.09 juta dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Putrajaya di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasaan di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Rosli Ahmad berkata, kesemua barangan yang dilupuskan merupakan rampasan ke atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, ini merupakan pelupusan kali keenam pada tahun ini selepas menerima arahan daripada pihak mahkamah dan pengawal perihal dagangan.

Semua barangan yang dilupuskan merupakan rampasan ke atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Semua barangan yang dilupuskan merupakan rampasan ke atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"Jumlah keseluruhan pelupusan yang telah dijalankan oleh KPDNHEP Putrajaya sepanjang tahun ini adalah RM4.1juta melibatkan 184 kes sitaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pelupusan ekshibit bilangan 6/2019 di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasaan dekat sini hari ini.

Antara barangan yang dilupuskan adalah beg tangan, beg galas, dompet, kasut, aksesori, telefon, toner, katrij dan minuman keras.

Tambahnya, kebanyakan barangan yang dirampas adalah dari sekitar ibu negara dan Lembah Klang.

Artikel Berkaitan: