Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya masih ditutup

Farizah (tiga dari kanan) memakaikan penutup hidung kepada pelajar Sekolah Sultan Alam Shah pada Majlis Penyerahan Penutup Hidung (Nasal Mask) sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak 40,000 unit ke sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya semalam.

A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata, berdasarkan bacaan IPU yang telah mencecah 200 mulai jam 6 pagi ini, semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini.

Putrajaya hari ini mencatatkan trend bacaan IPU yang meningkat sejak jam 3 pagi tadi iaitu 192 dan mencecah bacaan 202 pada jam 7 pagi.

Ini merupakan hari kedua sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 September lalu.

Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup semalam berikutan bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

Artikel Berkaitan: