The Fighters kena berjuang habis-habisan di Jengka

Pertahanan import Felda United, Thiago Junio dijangka diturunkan bagi mengekang jentera serangan Gergasi Merah di Jengka.
Pertahanan import Felda United, Thiago Junio dijangka diturunkan bagi mengekang jentera serangan Gergasi Merah di Jengka.
A
A
A

“Memang kita ada cita-cita untuk ke suku akhir, tapi kena kerja keras,”

Itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, Mohd Nidzam Jamil bagi mengulas aksi terakhir peringkat Kumpulan D Piala Malaysia berdepan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang malam tadi.

Mohd Nidzam berkata, biarpun kelihatan sukar namun kesebelasan pemain diharap dapat memberikan aksi terbaik demi merealisasikan cita-cita berkenaan.

Malah menurutnya, peningkatan dalam beberapa perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum ini membuktikan kesebelasan telah bersedia untuk mengharungi aksi terakhir peringkat kumpulan kali ini.

“Kita nak bagi yang terbaik kita ada dan kita akui Selangor adalah pasukan yang lebih baik, tetapi pada masa yang sama tidak salah untuk kita ada cita-cita ke suku akhir. Malah, tambah manis kalau kita ke suku akhir dengan menewaskan Selangor.

“Cuma, Selangor adalah nama besar dalam saingan Piala Malaysia ini. Sebab di Piala Malaysia, dia selalu menjadi selain memiliki pemain, pengurusan dan semuanya untuk layak ke suku akhir.

“Bagaimanapun yang bagusnya, kita (Felda United) tidak ada sebarang tekanan dan kita cuma nak main esok, mana tahu tuah kita boleh menang, kalau tidak saya tetap gembira kerana kita berjaya mara hingga ke perlawanan terakhir kumpulan,” katanya kepada Sinar harian.

Untuk rekod, Felda United kini berada pada kedudukan ketiga kumpulan dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas dua kali daripada lima kemenangan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Nidzam berharap agar perlawanan malam ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik supaya kedua-dua pasukan dapat memberikan aksi terbaik kepada penonton yang hadir.

“Cuma yang menjadikan kita tertekan adalah keadaan jerebu pada ketika ini yang boleh berikan kesan kepada penyokong terutamanya anak-anak kecil yang datang menyaksikan perlawanan. Apa pun diharapkan agar keadaan cuaca bertambah baik nanti,” katanya.