Manchester City sudah bersedia ‘bunuh’ Donetsk

Pemain City berada pada tahap terbaik menewaskan Donetsk.
Pemain City berada pada tahap terbaik menewaskan Donetsk.
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester City, Rodri menegaskan The Citizens akan bangkit dengan corak permainan lebih agresif ketika pertemuan Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk, awal pagi esok.

Menurutnya, kekalahan dialami penyandang juara Liga Perdana Inggeris ketika menentang Norwich City pada saingan liga baru-baru ini meninggalkan kesan besar kepada pemain, mahu menjadikan pertemuan menentang kelab Ukraine itu medium kebangkitan mencipta kemenangan.

“Kami tidak bermain dengan permainan terbaik kami pada perlawanan lepas. Tetapi, kami perlu belajar daripada kekalahan itu dan tidak mengulanginya dalam perlawanan akan datang.

“Saya tidak tahu sama ada orang akan percaya kepada kami, tetapi kami sebagai satu pasukan setiap kali kami kalah atau menang. Anda akan melihat City dengan versi yang lebih baik selepas ini.

“Biasanya apabila tewas, perlawanan akan datang anda akan ‘membunuh’ lawan anda itu. Itu yang akan kami lakukan dan akan menewaskan Shakhtar Donetsk,” katanya.

Kata pemain berusia 23 tahun itu lagi, pemain dalam pasukan itu juga berada pada motivasi terbaik namun mengharapkan agar kesilapan yang dilakukan ketika menentang Norwich tidak akan berulang lagi.

“Dalam perlawanan itu (menentang Norwich) kami tidak bagus di jentera serangan mahupun pertahanan sedangkan ia adalah bahagian penting dalam sebuah pasukan. Kami tidak boleh membiarkan mereka menjaringkan gol sebaliknya kita yang perlu menembusi gawang mereka.

“Kami tidak boleh terus kalah kerana kami memiliki pemain terbaik dunia. Kami adalah pasukan juara dan kami akan mengatasi masalah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: